Monday 15 May 2017

TIPS DAN TEKNIK2 MENJINAKKAN SUGAR GLIDER ANDA

ANTARA TIPS YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM MEMBANTU MENJINAKKAN SUGAR GLIDER AGAR MENJADI JINAK ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1- letakkan cage sugar glider di tempat yang tenang dan tidak bebunyi bising.

2- selalulah meluangkan masa untuk menyuap makanan pada sugar glider anda. Kalau boleh suaplah menggunakan jari anda.

3- jangan takut sekiranya sugar glider anda crabbing atau menggigit. Jika sugar glider mengigit berikan sahaja sugar glider itu gigit dengan cara kuku anda mengadap ke arah gigi bawah sugar glider.

4- elakkan melakukan pergerakan yang boleh mengejutkan, menyergah atau pergerakan yang pantas di hadapan sugar glider anda.

5- di siang hari bawa sugar glider dalam bonding pouch bersama-sama anda sementara anda pula melakukan aktiviti harian seperti biasa. Sesekali bercakap dengan sugar glider anda sambil mengusap- usapnya.

6- ketika sugar glider sedang tidur cuba letakkan  tangan anda di dalam sleeping pouchnya. Walaupon sugar glider anda mungkin crabbing namun jangan sesekali menunjukkan ketakutan anda kepadanya dengan mengalihkan tangan anda.

7- letakkan pakaian yang berbau badan anda di dalam sangkar. Sebagai contoh pakaian yang dipakai semasa berjogging atau pakaian yang dipakai semalaman. Namun pastikan peluh anda sudah kering dan bebas dari kekotoran. Semakin kuat bau badan anda, semakin cepat sugar glider anda mengenali bau anda.

8- letakkan potongan- potongan kain yang ada bau anda di dalam sangkar.

9- selalu luangkan masa bermain dengan sugar glider anda sambil bercakap-cakap dengannya.

10- kenali cara memegang sugar glider anda kerana setiap sugar glider tidak sama perangainya. Ini kerana ada sugar glider yang tidak gemar jika kepalanya dipegang.

11- bagi perempuan lagi mudah untuk menjinakkan sugar glider anda dengan teknik bra pouch. Namun ia hanya bagi perempuan yang tidak mudah geli.

12- bagi lelaki, teknik baju berpoket atau bonding pouch juga boleh digunakan.

13- jangan sesekali menyakiti sugar glider anda kerana ia menganggap anda sebagai musuhnya disamping ia membuatkan sugar glider anda mengalami trauma.

14- kebanyakkan sugar glider akan menggigit semasa mula-mula di tempat baru kerana mereka takut dan berasda teracam. Jadi biasakan dengan gigitannya.

15- cuba gunakan tali, permainan kanak-kanak, bulu ayam atau apa sahaja yang selamat digunakan sebagai permainan utuk sugar glider anda. Ini untuk menjalinkan kepercayaan dan menarik minat sugar glider bermain bersama anda.

16- gunakan kelambu untuk bermain dengan bersama sugar glider sambil anda juga masuk bersamanya di dalam kelambu tersebut.

17- biasakan memanggil sugar glider anda menggunakan nama panggilannya yang letah diberikan. Ini dapat membuatkan sugar glider anda mengecam suara anda.

18- seandainya anda membeli sugar glider sepasang @ lebih dari seekor dalam satu masa. Pastikan teknik dan proses menjinakkan sugar glider anda di buat secara berasingan. Ini kerana jika dijalan bersama dikhuatiri ia tidak berkesan. Bahagikan masa anda agar semuanya sama.

19- setiap sugar glider tidak sama dari segi personalitinya, kemesraan, kepercayaan, ego, perhubungan bersama manusia, serta tabiat-tabiat lain. Maka cuba kenali malah perbezaan ini turut mempengaruhi tempoh menjinakkan sugar glider.

20- pelajari cara- cara untuk gromming sugar glider, cuba elakkan dari menghantar kepada orang lain dan cuba sendiri untuk memotong kukunya, memandikannya dan membersihkan lukanya jika terdapat luka. Ini dapat menjalinkan kepercayaan sugar glider kepada anda.

21- sesalulah panggil sugar glider anda dengan nama panggilannya dan apabila dia sampai berikan upah kepadanya.

22- buka pintu sangkar dan biarkannya dating dengan sendiri kepada anda. Jangan sesekali menangkapnya. Jika tidak Berjaya cuba panggil namanya. Ulangi proses yang sama dan jika itu Berjaya berikan sugar glider anda upah seperti fruit drop flavor or instant whole grain.

23- cuba ambil sugar glider anda dan letakkan pada diatas bahu anda di kawasan bilik @ ruang tamu. Biarkan sahaja sugar glider di atas bahu anda selama yang mungkin. Jika dia melompat ke arah objek lain maka ambil kembali sugar glider dan letakkan di atas bahu semula. Ulangi sehingga sugar glider anda tidak melompat lagi. Pada kebiasaannya apabila sugar glider anda mula bosan untuk melompat maka dia akan menggigit- gigit bahagian cuping telinga anda dan menjilat- jilat kembali. Jika Berjaya cuba bawa sugar glider anda berjalan-jalan di dalam rumah dan seterusnya besarkan kawasannya.

24- ambil sugar glider yang sedang tidur dan letakkan di tangan anda. Kemudian tidurkannya semula di tangan anda. Jika tidak bejaya, ulangi sehingga berjaya. Pastikan cara pegangan membuatkan sugar glider selesa untuk tidur.

No comments:

Post a Comment

TIPS DAN TEKNIK2 MENJINAKKAN SUGAR GLIDER ANDA

ANTARA TIPS YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM MEMBANTU MENJINAKKAN SUGAR GLIDER AGAR MENJADI JINAK ADALAH SEPERTI BERIKUT: 1- letakkan cage su...