Sunday 2 April 2017

PENYAKIT YANG MUDAH MENJANGKITI SUGAR GLIDER

1) Dehidrasi
  • SG yang tidak cukup air dalam badan akan menyebabkan kurang selera makan.
  • Anda boleh memantau pengambilan airnya, jika anda selalu berada dengan SG anda. Pastikan tahu berapa banyak SG minum dalam sehari.

  • Jika anda perasan yang SG anda kurang makan dari biasa (dilihat melalui mangkuk makanan yang hampir tidak disentuh atau makanan diambil hanya sedikit) anda boleh melakukan satu ujian yang dipanggil 'camp test' ke atas sugars anda. Cuba picit kulit leher sugar glider anda dan tarik ke atas (seperti memegang leher anak kucing) tapi jangan sampai sugar glider anda terangkat sekali, Jika kulit sugars anda kembali ke tempat asal dengan lambat, maknanya sugars anda mengalami dehidrasi. Jika tidak, SG anda selamat dari dehidrasi.


Untuk rawatan bagi dehidrasi
  • Untuk rawatan, beri sugars anda Gatorade yang dicampur dengan air. Contohnya, setengah cawan Gatorade, setengah lagi air minuman. Kalau 100 Plus boleh? Saya lagi syorkan Gatorade, sekurang-kurangnya ia mempunyai kandungan garam. Macam kalau awak demam, kan awak minum Oral Salts? 
  • Sekali sekala saya suka berikan Gatorade Storm yang berwarna ungu kepada sugar glider saya. Dia minum satu penutup botol tu sampai licin.. hehe. Tapi lepas tu dia kencing macam air terjun. Pilih lah perasa yang anda rasakan sedap untuk sugars anda.
ada di jual di 7e


2. Cirit-birit
  • ·         Perubahan dalam bentuk dan kepekatan najis sugars anda.
  •      Warna najis juga boleh berubah beserta lendir atau darah. Najis basah dan tidak ada bentuk, cair.
  •      Najis sugars yang sihat biasanya agak pejal, melekat di kulit jika sugars anda membuat 'bisnes'   atas lengan anda. Najisnya mesti 'moist' atau lembab.
Taik bentuk normal


Punca Cirit-birit
 ·         Cirit-birit boleh disebabkan diet pemakanan yang baru diperkenalkan, makanan yang tidak cukup serat, makanan tidak elok/basi atau parasit. 

Rawatan
  •    Bagi makanan yang tinggi serat. Dan jangan lupa beri air yang secukupnya. 

Antara makanan yang tinggi serat
Sayur-sayuran tinggi serat:
1.                  Avokado
2.                  Brokoli
3.                  Sayur kobis
4.                  Lobak merah
5.                  Chick Peas
6.                  Terung
7.                  Cendawan
8.                  Kentang dengan kulit
9.                  Labu
10.              Kacang Peas - kacang polong bermata hitam, kacang hijau
11.              Sayur bayam
12.              Ubi keledek

 Buah-buahan tinggi serat:
1.                  Epal
2.                  Pisang
3.                  Beri - Blueberries, beri hitam, raspberi, dll.
4.                  Buah-buahan kering - Buah tin, Raisins, aprikot, kurma, dan sebagainya.
5.                  Jambu Batu
6.                  Kiwi
7.                  Buah limau/oren
8.                  Pir
9.                  Prun


3. Depresi atau stres
  • Tekanan untuk jangka masa yang panjang boleh menyebabkan pelbagai penyakit pada SG


Punca:
·                     Sugars merasakan dirinya di dalam bahaya 
·                     Kesedihan atau kehilangan orang yang dikasihi (manusia atau sugar glider lain)
·                     Kesepian
·                     Penyakit yang dihidap
·                     Pemakanan yang tidak sihat atau seimbang
·                     Gula darah yang rendah
·                     Perubahan secara tiba-tiba dalam persekitaran, diet, atau persahabatan

Rawatan:
  • ·         Memastikan SG anda mengikuti diet pemakanan yang seimbang. 
  • ·         Luangkan masa dengan bermain secara berkala dengan SG 
  • ·         Sebaik-baiknya luangkan 1-2 jam pada waktu malam  Jika tiada masa, pastikan anda mempunyai teman untuknya.
  • ·         Sediakan sangkar sugars dengan banyak mainan dan ruang untuk bermain.


Simptom-simptom depresi/stress
·                     Cirit-birit
·                     Muntah
·                     Hilang selera makan
·                     Perubahan dalam tabiat tidur
·                     Mencederakan diri sendiri/'Self-mutilation'
·                     Kekurangan atau penurunan keinginan untuk bermain
·                     Tidak aktif
·                     Tidur tabiat yang luar biasa
·                     Bunyi komunikasi yang berlebihan seperti menyalak atau barking


4. Obesiti
  • ·         Sugars gemuk atau berat badan berlebihan.
  • ·         SG tidak aktif dan saiz badannya sangat besar.
  • ·        Perlu ada perbezaan dari obesiti dengan jenis rangka SG.
  • ·     Ada sugars yang bertulang rangka besar dan ianya adalah normal untuknya bersaiz besar dari biasa.
  • ·         Ada juga sugars yang aktif bersenam dan bermain tetapi badan mereka masih bersaiz besar. 


Bagaimana untuk tahu jenis rangka tulang sugars?

Rawatan:
·         Bersenam. Letakkan lebih mainan dalam sangkarnya.
·         Kurangkan pengambilan 'treats' yang manis
·         Anda boleh mengajak SG bermain dengan waktu yang lebih panjang.



5. Hind Leg Paralysis
  • Lumpuh kaki belakang bagi SG biasanya disebabkan oleh paras kalsium tidak mencukupi di dalam badan.   
  • Ini boleh dianggap sebagai masalah yang membawa maut jika tidak dirawat dengan segera
  •  Jika sempat dikenal pasti ianya boleh dirawat
  • Kekurangan kalsium adalah perkara biasa berlaku pada sugar gliders kerana kebanyakan makanan yang mereka makan mempunyai nisbah kalsium dan fosforus yang tidak cukup seimbang. 







Simptom-simptom:
  • ·         Lemah kaki belakang
  • ·          SG mempunyai masalah memanjat dan berjalan
  • ·         Kurang koordinasi
  • ·         Letih
  • ·         Berjalan berdengkot
  • ·         Lemah
  • ·         Kehilangan penggunaan kaki belakang (mengheret satu atau kedua-dua kaki)
  • ·         Bengkak jari kaki dan, atau jari tangan
  • ·         Tulang yang patah secara tiba-tiba dengan tiada sebab yang jelas
  • ·         Sendi kejang
  • ·         Kehilangan berat badan tidak dapat diterangkan


Rawatan
  •  Jumpa doktor haiwan untuk rawatan 
  •  Buat perubahan dalam diet. Beri supplement kalsium kepada SG


Sila ambil perhatian bahawa banyak tanda-tanda yang disenaraikan juga boleh
 menunjukkan isu-isu kesihatan lain yang seriusPastikan jika anda lihat mana-mana gejala ini pada SG anda, serta-merta pergi mencari pakar penjagaan veterinar untuk didiagnosis dan ikuti rawatan yang betul
.


6. Sembelit
  • ·         SG akan sembelit jika ia tidak mengambil buah-buahan dan air yang cukup
  • ·          Sembelit juga disebabkan oleh penghapusan kumuhan yang keras dan kering. 
  • ·           Ia amat menyakitkan, dan dalam sesetengah kes teruk, SG mengalami kesusahan untuk membuang air besar dan ini membawa kepada keadaan yang serius.

Simptom-
simptom:
  •  SG  'hiss' atau berdesis (seperti ular) apabila ia membuang air besar
  • ·Sugars juga akan jarang membuang air, dan perutnya kekembungan

Rawatan:
  •   Satu sudu jus epal tulen (tanpa gula tambahan) dua kali sehari.
  •  Beri SG anda buah-buahan yang tinggi serat seperti prun, epal dll
  •  Selain itu,  pastikan SG anda mendapat akses kepada air yang bersih setiap hari
  •  Perhatikan samada SG anda membuat najis yang normal seperti SG yang sihat atau tidak
*SG yang tidak ke tandas lebih 24 jam adalah symptom-simptom sembelit yang kronik. Perlu dibawa ke klinik doktor haiwan dan diberikan rawatan seperti yang dinyatakan. 

7) Katarak

  • Adanya bintik putih di mata SG
  • Akan menjadi parah jika katarak pada SG memenuhi semua bahagian matanya. 

Punca:
  • Disebabkan kerana lebihan lemak yang terlalu tinggi pada makanan yang diberikan kepada SG
Rawatan:
  • Memperhatikan pemberian makanan, terutama lemak 
  • Lebih menyarankan agar pemberrian makanan/diet berupa buah-buahan rendah lemak dan pemberian madu asli. 
  • Antara buah-buahan yang boleh diberikan  betik, pisang, lengkeng, dan sebagainya. 
  • Berikan buah-buahan selama beberapa minggu dan disamping itu terus mengawasi perkembangannya.
  •  Jika dalam beberapa minggu tidak ada perkembangan, maka disarankan agar anda mengambil supplement yang dapat membantu mengurangkan atau mengatasi masalah ini 

*Perlu diingat bahawa semakin cepat anda bertindak, maka semakin tinggi juga harapan penyembuhan katarak pada SG. Masalah katarak boleh ditangani, dengan cara yang betul. Jika teruk masalah katarak nya, maka tempoh masa penyembuhan juga mengambil masa yang lama. 


.8) Cold or Flu/Demam
  •  Anda akan perasan hidung glider akan nampak berair dan mereka selalu bersin. 
  • Bunyi nafas jadi kuat. 
  • Hidung basah sikit takpe, tak jadi kecoh tapi kalau dah berat sangat berairnya, itu demam selesema.
Punca:
  • Anda disyaki memasang aircond kuat-kuat.
  • Sangkar@cage sugar glider jadi lembab/ bau hapak.

Rawatan : Berikan up vitamin C macam jus oren atau buah kiwi.


9) Lack of appetite/Kurang nafus makan 
  • Penyakit jenis ini bawa banyak makna. Sama ada dia rasa stress pada tempat baru atau perut dia ada cacing/parasit. Diharap sebelum anda memberikan buah-buahan atau sayur-sayuran sila basuh terlebih dahulu sebelum memberikan makanan tersebut kepada Sugar Glider anda kerana dikhuatiri terkandung telur cacing di dalam buahan/sayuran tersebut. Anda juga boleh membuat pemeriksaan pada gigi Sugar Glider anda kerana berkemungkinan patah atau sakit.

Rawatan : 
  • kalau jenis baru beli dan bawa balik ke rumah tu, normal lah, jangan panik. Kalau dia tak mahu makan jugak, bawa jumpa doktor haiwan untuk bagi makan ubat cacing. Jangan pula anda beri dia ubat cacing zentel yang jual kat guardian farmasi.


10) Hair loss/Kehilangan bulu 
  • Kalau anda perasan , Sugar Glider jantan mula membotak di area kepala, tetepi jangan risau, itu bermakna dia dah akil baligh. Tetapi jikalau bahagian-bahagian lain mula keguguran bulu ini sudah bahaya. Serangan fungkus dan kutu mungkin dah mula landing kat atas badan Sugar Glider anda. Kekurangan diet yang sihat dan pemberian lemak berlebihan.

Rawatan : 

  • Gantikan dengan pemakanan yang lebih sihat dan berkhasiat dan supplement yang dapat membantu mengatasi masalah ini.


.......yang paling utama bagi mencegah penyakit2 ini, berikanlah makanan/ supplement yang sudah terbukti khasiatnya daripada kita memberi makanan tanpa apa2 pengetahuan tentang haiwan ini............
.
.
.
 info ini dikredit hasil bacaan dan dapatan dari blog dan website2 lain seperti Suggies101.com dan exoticpetworld

PELAJARI PEMBAHAGIAN NISBAH KALSIUM DAN FOSFORUS DENGAN BETUL

Untuk pembahagian nisbah boleh rujuk gambar dibawah. 


DIET SUGAR GLIDER: CDF, BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN

SG merupakan haiwan yang berasal daripada Australia, Papua New Guinea serta sekitar kepulauan Indonesia. SG adalah haiwan exotic yang bukan berasal daripada negara kita, Pemakanan SG tidak sesuai dengan cara pemakanan yang biasa diberikan kepada haiwan-haiwan domestik yang dibela di rumah seperti kucing,anjing,arnab dan lain2. 

Tanpa diet yang betul, atau diet yang sekurang-kurangnya hampir menyerupai pemakanan SG di habitat asal, SG boleh menderita samada kerana kurang zat dan nutrien atau mengalami penyakit-penyakit yang lazim dihidap SG kerana tidak mengikuti diet pemakanan SG yang sepatutnya. (Penyakit yang biasa dihidap oleh suggies akan saya terangkan dengan lebih lanjut dalam entry yang akan datang).

Dalam penjagaan pemakanan, kebiasaannya ada dua pandangan atau pendapat oleh owner SG yang berpengalaman dalam menjaga diet mereka. Ada yang berpendapat bahawa diet mereka senang dijadualkan dan diikuti sepanjang tempoh jangka hayat SG (12-15 tahun) dan ada juga owner SG yang berpendapat diet mereka sukar dijadualkan dan diikuti kerana ia memerlukan kita untuk mengorbankan waktu lapang dan tenaga.
Jadi, bagi pandangan atau pendapat owner SG yamg kedua wajib mengikut diet ini (yang pertama pon digalakkan):
· CDF (instant golden powder)
· Cebisan ayam rebus/telur rebus/mealworm/superworm/cengkerik
·  Pilihan buah-buahan dan sayur-sayuran pelbagai (yang selamat dimakan SG)
·  Snack untuk makanan sampingan buat SG

CDF adalah diet yang paling mudah, diformulasikan dengan pelbagai khasiat campuran yang diperlukan oleh tubuh SG. CDF adalah makanan yang telah diformulasikan paling hampir meniru atau 'mimic' pemakanan SG di hutan. CDF dijual dalam bentuk serbuk dan kemudiannya perlu dicampur dengan air suam dan madu(pilihan sama ada nak letak/tidsk letak). Then, kita dah boleh serve pada SG. Mudah bukan…

Pada pendapat saya, penjagaan SG ini ibarat menjaga bayi yang tidak akan 'grow up'. Mereka perlukan perhatian yang sepenuhnya dan diet mereka tidak boleh diambil remeh. Jadi,sebenarnys saya cuba menyatakan yang pemakanan SG ini susah dan sukar di'maintain'? Jawapannya adalah ya dan tidak (bergantung pada individu).

Tapi disini saya akan cuba terangkan jalan mudah atau 'shortcut' untuk menyediakan diet/jadual pemakanan SG yang sangat mudah untuk diikuti.
Saya sertakan video tentang panduan membuat CDF dengan mudah.

Kuantiti pemakanan CDF untuk SG (seekor untuk sehari)
·                      1 sudu teh CDF (instant golden powder)
·                      2 sudu makan biasa air suam (boleh di adjust kepekatannya)

Garis panduan memberi makanan kepada SG
1.                  Diet CDF perlu dijadikan makanan asasi buat SG. Diberikan pada setiap hari. Memadai dengan memberi satu kali hidangan untuk setiap hari.
2.                  Anda mempunyai pilihan antara mealworms/cebisan ayam rebus/cebisan telur rebus/cengkerik bagi sumber protein SG. Tapi jika tidak diberikan, tidak menjadi masalah kerana dalam kandungan CDF telah ada khasiat protein yang SG perlukan. Jika mahu diberikan boleh dijadikan sebagai 'treats' 2-4 kali seminggu. 
3.                  Boleh juga menawarkan makanan snack pada waktu petang untuk SG seperti fruit drop flavor. Lebih mengeratkan kasih sayang SG pada tuannya.

CDF (instant golden powder)


Kelebihan CDF (instant golden powder);
✔✔ Dijadikan makanan asasi.
✔✔ Tiada bahan pengawet tiruan
✔✔ Murah dan berkhasiat.
✔✔ Meningkatkan kesihatan kulit dan melembutkan bulu.
✔✔ Mengurangkan bau yang tidak menyenangkan.
✔✔ Menyembuhkan mata putih
✔✔ Meningkatkan penglihatan
✔✔ Mempercepatkan penghadaman
✔✔ Menyembuhkan cirit-birit
✔✔ Membesar dalam keadaan sihat.
✔✔ Pertumbuhan otot yang sihat 

*Satu2nya pemakanan/diet sugar glider yang diformulasikan oleh orang Melayu (Islam) di Malaysia. Sugar glider kita sekarang berada di Malaysia bukan lagi di Australia, Papua New Guinea serta sekitar kepulauan Indonesia jadi lebih baik jika kita menggunakan pemakanan/diet yang diformulasikan dari negara kita Malaysia kerana ianya telah diuji keberkesannya di negara kita bukan di negara luar. 

".......ANDA GUNA........BERBALOI.........CARI KAMI.........LAGI........"


TIPS DAN TEKNIK2 MENJINAKKAN SUGAR GLIDER ANDA

ANTARA TIPS YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM MEMBANTU MENJINAKKAN SUGAR GLIDER AGAR MENJADI JINAK ADALAH SEPERTI BERIKUT: 1- letakkan cage su...