Sunday 2 April 2017

DIET SUGAR GLIDER: CDF, BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN

SG merupakan haiwan yang berasal daripada Australia, Papua New Guinea serta sekitar kepulauan Indonesia. SG adalah haiwan exotic yang bukan berasal daripada negara kita, Pemakanan SG tidak sesuai dengan cara pemakanan yang biasa diberikan kepada haiwan-haiwan domestik yang dibela di rumah seperti kucing,anjing,arnab dan lain2. 

Tanpa diet yang betul, atau diet yang sekurang-kurangnya hampir menyerupai pemakanan SG di habitat asal, SG boleh menderita samada kerana kurang zat dan nutrien atau mengalami penyakit-penyakit yang lazim dihidap SG kerana tidak mengikuti diet pemakanan SG yang sepatutnya. (Penyakit yang biasa dihidap oleh suggies akan saya terangkan dengan lebih lanjut dalam entry yang akan datang).

Dalam penjagaan pemakanan, kebiasaannya ada dua pandangan atau pendapat oleh owner SG yang berpengalaman dalam menjaga diet mereka. Ada yang berpendapat bahawa diet mereka senang dijadualkan dan diikuti sepanjang tempoh jangka hayat SG (12-15 tahun) dan ada juga owner SG yang berpendapat diet mereka sukar dijadualkan dan diikuti kerana ia memerlukan kita untuk mengorbankan waktu lapang dan tenaga.
Jadi, bagi pandangan atau pendapat owner SG yamg kedua wajib mengikut diet ini (yang pertama pon digalakkan):
· CDF (instant golden powder)
· Cebisan ayam rebus/telur rebus/mealworm/superworm/cengkerik
·  Pilihan buah-buahan dan sayur-sayuran pelbagai (yang selamat dimakan SG)
·  Snack untuk makanan sampingan buat SG

CDF adalah diet yang paling mudah, diformulasikan dengan pelbagai khasiat campuran yang diperlukan oleh tubuh SG. CDF adalah makanan yang telah diformulasikan paling hampir meniru atau 'mimic' pemakanan SG di hutan. CDF dijual dalam bentuk serbuk dan kemudiannya perlu dicampur dengan air suam dan madu(pilihan sama ada nak letak/tidsk letak). Then, kita dah boleh serve pada SG. Mudah bukan…

Pada pendapat saya, penjagaan SG ini ibarat menjaga bayi yang tidak akan 'grow up'. Mereka perlukan perhatian yang sepenuhnya dan diet mereka tidak boleh diambil remeh. Jadi,sebenarnys saya cuba menyatakan yang pemakanan SG ini susah dan sukar di'maintain'? Jawapannya adalah ya dan tidak (bergantung pada individu).

Tapi disini saya akan cuba terangkan jalan mudah atau 'shortcut' untuk menyediakan diet/jadual pemakanan SG yang sangat mudah untuk diikuti.
Saya sertakan video tentang panduan membuat CDF dengan mudah.

Kuantiti pemakanan CDF untuk SG (seekor untuk sehari)
·                      1 sudu teh CDF (instant golden powder)
·                      2 sudu makan biasa air suam (boleh di adjust kepekatannya)

Garis panduan memberi makanan kepada SG
1.                  Diet CDF perlu dijadikan makanan asasi buat SG. Diberikan pada setiap hari. Memadai dengan memberi satu kali hidangan untuk setiap hari.
2.                  Anda mempunyai pilihan antara mealworms/cebisan ayam rebus/cebisan telur rebus/cengkerik bagi sumber protein SG. Tapi jika tidak diberikan, tidak menjadi masalah kerana dalam kandungan CDF telah ada khasiat protein yang SG perlukan. Jika mahu diberikan boleh dijadikan sebagai 'treats' 2-4 kali seminggu. 
3.                  Boleh juga menawarkan makanan snack pada waktu petang untuk SG seperti fruit drop flavor. Lebih mengeratkan kasih sayang SG pada tuannya.

CDF (instant golden powder)


Kelebihan CDF (instant golden powder);
✔✔ Dijadikan makanan asasi.
✔✔ Tiada bahan pengawet tiruan
✔✔ Murah dan berkhasiat.
✔✔ Meningkatkan kesihatan kulit dan melembutkan bulu.
✔✔ Mengurangkan bau yang tidak menyenangkan.
✔✔ Menyembuhkan mata putih
✔✔ Meningkatkan penglihatan
✔✔ Mempercepatkan penghadaman
✔✔ Menyembuhkan cirit-birit
✔✔ Membesar dalam keadaan sihat.
✔✔ Pertumbuhan otot yang sihat 

*Satu2nya pemakanan/diet sugar glider yang diformulasikan oleh orang Melayu (Islam) di Malaysia. Sugar glider kita sekarang berada di Malaysia bukan lagi di Australia, Papua New Guinea serta sekitar kepulauan Indonesia jadi lebih baik jika kita menggunakan pemakanan/diet yang diformulasikan dari negara kita Malaysia kerana ianya telah diuji keberkesannya di negara kita bukan di negara luar. 

".......ANDA GUNA........BERBALOI.........CARI KAMI.........LAGI........"


2 comments:

  1. Salam admin... nak tnye buah mmg x boleh bgi langsung ke?

    ReplyDelete
  2. The 7 best Casino Restaurants in Atlantic City
    The 7 best Casino Restaurants in 밀양 출장마사지 Atlantic City. A perfect spot for you to play 광주광역 출장안마 casino table games or indulge 동해 출장샵 in How many restaurants can I find in 광주 출장샵 Atlantic City?What are the best bars/lounges/bars in Atlantic City? 사천 출장안마

    ReplyDelete

TIPS DAN TEKNIK2 MENJINAKKAN SUGAR GLIDER ANDA

ANTARA TIPS YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM MEMBANTU MENJINAKKAN SUGAR GLIDER AGAR MENJADI JINAK ADALAH SEPERTI BERIKUT: 1- letakkan cage su...