Monday 27 March 2017

JENIS-JENIS SUGAR GLIDER

1) CLASSIC GREY
SG jenis Classic Grey ini merupakan salah satu jenis SG yang paling mudah untuk dicari di pasaran di Malaysia. Oleh kerana popularitinya yang semakin meningkat seiring dengan waktu. Selain itu, harganya classic grey juga lebih murah daripada jenis SG yang lain. Ciri-ciri warna bulu dari jenis ini adalah didominasikan oleh abu-abu dengan kombinasi warna putih. Tapi, warna putih biasanya terletak pada bahagian dadanya, sebagian telapak tangan dan wajahnya.Seterusnya, para pecinta haiwan SG juga banyak yang memelihara SG jenis ini. 
CLASSIC GREY

2) WHITE FACE
SG white face merupakan jenis SG yang memiliki warna putih pada bahagian wajah. Ini kerana sesuai dengan namanya white face yang bermakna wajah yang putih. Jenis ini jika diperhatikan sedikit mirip dengan jenis classic grey. Namun, bulu sugar glider white face lebih putih daripada yang jenis classic grey. Warna putih pada wajahnya juga lebih banyak dibandingkan dengan jenis classic grey. Walaupun ciri-cirinya mirip dengan jenis classic grey, sugar glider jenis white face memiliki harga yang jauh lebih mahal. 
WHITE FACE

3) WHITE TIP
SG jenis white tip adalah jenis yang memiliki warna dominan hitam. Yang menjadikan white tip unik adalah pada ujung ekornya berwarna putih. Oleh itu, sesuai dengan nama jenisnya iaitu “white tip” yang memberi makna “ujungnya putih”. Walaupun warna tubuhnya didominasi oleh warna hitam, tetapi jenis ini memiliki kemiripan corak dengan sugar glider white face pada bagian wajahnya. Harga sugar glider white tip tergolong dalam linkungan harga yang mahal iaitu lebih mahal daripada white face. Walauipun yang membezakan hanya pada bulunya tetapi jenis SG white tip cukup sukar untuk didapati.
WHITE TIP

4) MOSAIC
SG jenis mosaic merupakan jenis yang memiliki corak warna abu-abu muda yang sedikit mirip dengan dengan SG jenis white face. Corak abu-abu tersebut terletak pada bagian wajah dan juga pada bagian tengah punggung. Sedangkan bagian tubuh lainya didominasi dengan warna putih. Harga SG jenis ini antara SG yang mahal dipasaran Malaysia.
MOSAIC

5) LEUCUISTIC
Jenis SG yang satu ini jika diperhatikan mempunyai kemiripan seperti sugar glider jenis albino. Yang membezakan jenis lecuistic dengan albino adalah pada bagian matanya. Sugar glider jenis lecuistic pada bagian matanya berwarna hitam sedangkan albino berwarna merah. Untuk harga jenis ini tidak mempunyai perbezaaan yang jauh dengan jenis albino kadang kala lebih murah dan kadang kala lebih tinggi. Jenis leucuistic antara jenis SG yang termahal di pasaran kerana jenis ini sukar untuk didapatkan di pasaran Malaysia.
LEUCUISTIC

6) ALBINO
SG jenis albino merupakan jenis yang paling sukar untuk didapatkan, menyebabkan SG jenis ini terlalu mahal dalam pasaran hingga mencecah ribuan ringgit. Jenis albino memiliki warna putih pada seluruh bagian tubuhnya, sesuai dengan namanya albino. Tidak ada tompokan corak warna sedikitpun pada bagian tubuhnya. Hanya terdapat pada bagian kepalanya saja, itupun juga tidak terlalu jelas. Matanya berwarna merah, sedangkan jenis SG yang lain memiliki mata berwarna hitam. Oleh sebab keunikannya itu, tidak hairanlah jika harga SG jenis albino antara SG yang paling mahal.
ALBINO

Sunday 26 March 2017

APAKAH PRODUK PEMAKANAN YANG TERBAIK BUAT SUGAR GLIDER ANDA??

Bismillahirahmanirrahim..

Hari ni I nak ceritakan produk yang terbaik buat SG berdasarkan pengalaman I. Produk ni adalah produk tempatan (Malaysia) yang telah diformulakan oleh orang muslim (Islam). Produk ini diformulasikan seakan2 sama dengan makanan SG ketika mereka di hutan. Nama produk ni adalah CDF instant golden powder yang bernilai RM25 harga dipasaran. Harga produk ini dikawal oleh syarikat, agent2 yang menjual produk ini tidak boleh menjual dengan harga yang murah or mahal sesuka hati mereka.
Kenapa I cakap produk ni terbaik?? Sebabnya banyak, sama ada kita nak percaya or tidak je. I yang kosisten guna dah nampak kesannya pada SG. SG2 I semua sihat2 belaka, xde masalah langsung. Bulu pon cantik je kembang, lagi2 kat ekor dia. Rase nak gigit je. Bulu xgugur langsung tu yang paling best. Hihi.

Antara kelebihan produk CDF instant golden powder;
1) Dijadikan sebagai makanan asasi
2) Murah dan berkhasiat yang cukup lengkap dengan nutrisi yang diperlukan SG
3) Meningkatkan kesihatan kulit dan melembutkan bulu SG
4) Mengurangkan bau najis yang tidak menyenangkan
5) Menyembuhkan mata putih (katarak)
6) Meningkatkan penglihatan SG
7) Menyembuhkan cirit birit. (berak cair)
8) Mempercepatkan penghadaman
9) SG membesar dalam keadaan sihat dan aktif
10) Pertumbuhan otot yang sihat

Dengan pemberian CDF, I xrisau dah pasal nutrisi yang xtidak seimbang buat my SG. Sebelum ni gunakan CDF, bagi makan buah mesti check internet buah ni bagi khasiat apa untuk SG dan buah apa yang berlainan khasiat dengan buah tersebut untuk pastikan SG dapatkan khasiat yang berbeza pada setiap buah. Kalau kita main bagi je buah pape padahal khasiat pada buah2 tersebut sebenarnya sama je, dah x cukup khasiat lain plak. Tapi dengan CDF, urusan I jadi mudah dan jimat sebab semua lengkap dalam 1 botol CDF. Dah la mudah jimat plak tu. CDF boleh tahan 23-25 hari (seekor) kalau kita beri dengan sukatan yang betul. Average harga kita gunakan sehari RM1 untuk seekor. Nak SG kita sihat dan aktif kenalah keluarkan cost sikit. Sebabnya maintainance SG menang mahal sikit nak banding dengan haiwan lain. Kalau nak tunggu SG sakit baru nak bagi mekanan yang berkhasiat, kita menyiksa SG sebenarnya. Bak kata pepatah melayu MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI OK………

CDF- INSTANT GOLDEN POWDER

OH MY SUGGIES

Bismillahirahmanirrahim.. 

Hari ni I nak cerita pasal my SG. I beli dia bulan puasa tahun lepas tarikh xigt tp tahun 2016, first time bela SG. Minat nak bela SG ni sebenarnya dar sekolah menengah lagi. Time tu I pergi rombongan big family kat Langkawi, singgah la kilang gamat. Pergi Langkawi xsah la kan kalau xsinggah tempat2 gitu. So, dekat kilang gamat tu lah first time I tengok SG. Owner kilang tu bela, jinak je SG tu duduk atas bahu tuan dia. Xde pon nak merayau or melompat2 kat orang lain. First time tgk, I dah rse teruja sangat. Mesti binatang ni unik kan. Tp time tu baru umur 15 tahun, memang x lah kan parent nak bagi bela. Diri sendiri pon xterurus, nak uruskan binatang pulak.

Pastu time masuk degree tiba2 keinginan nak bela SG makin membuak-buak plak. Kebetulan malam time bulan puasa tu I pergi expo kat Dataran Shah Bandar kat KT, boleh pulak terjumpa orang jual haiwan. So, I dengan kawan decide utk tengok haiwan2 yang ade dalam kedai tu. Masa nak kuar dari kedai tu nak pergi kedai lain ade orang offer I ‘nak pegang tak’. I tengok binatang tu, ‘eh, ni la binatang yang aku cari selama ni’. Terus nak pegang, jinak pulak tu. Jatuh cinta terus dengan SG tu. Malam tu jugak I beli dia ualls..haha..bawak balik asrama naik moto, haha. Nasib baiklah tak hujan kalau tak habis SG I kuyup.

Masa otw balik tu I beli la buah apple dengan pear, sebab penjual SG tu cakap SG suka makan apple dan pear dan elok untuk kesihatan dia. I letak nama dia ‘CIKO’. Tak tukar buah lain pon selama beberapa hari tu, dah penjual tu cakap ok je kalau bagi makan apple dengan pear kan. Ciko makan dua buah tu jela. hihi.. Kebetulan ujung minggu tu cuti mid sem, I pon bawak Ciko balik kampong. Masa sampai kampong I terus bagi buah lain pada Ciko. I bagi dia tomato dengan betik sebab dalam peti ada buah tu kan.hehe

First day I kat rumah I main jelah dengan Ciko. Dia elok je, tetiba tengahari tu I bawak Ciko main dalam bilik my mom. Bilik tu sejuk sikit la sebab ada aircond kan, pastu tetiba Ciko kejang. I panic la, terus bawak dia keluar dari bilik sebab ingatkan kejang sebab sejuk. Bawak keluar pon still dia kejang. I bawak pergi dapur masukkan air dalam mulut dia. Nampak ok sikit, pastu I bawak ke ruang tamu dia kejang semula. Time tu Allah je tahu perasan takut, sedih, gementar semua ada. Dah la kat rumah xde sape2 nak mintak tolong. X sampai beberapa minit I bawak ke ruang tamu, dia terus terkeras. My Ciko mati …………..

Lepas I tengok Ciko keras x gerak2, I goncang2 badan Ciko suruh bangun. Tapi apa kan daya Ciko dah mati, memang xbangun la walaupon I baling kuat mana sekali pon. Time tu macam xboleh nak terima kenyataan rasa. Mana tak nya beli Ciko RM150. Tak sampai seminggu I bela Ciko dah mati. Sedih sangat2. Air mata xpayah cakap la, berjurai-jurai seharian tu. Dua tiga hari la jugak nak terima hakikat sebenar Ciko dah mati.

My mom cakap I tak serasi bela binatang tu. Tapi I xpuas hati sebab I gagal jadi tuan yang baik buat my SG. I pon buat la research camne Ciko boleh mati. Rupa-rupanya kalau kita nak bela haiwan exotic macam ni kena banyak membaca sebab dia bukan macam kucing, ramai orang bela dan mudah untuk bela. Dari situ banyak info yang I dapat dan I tekad I nak bela lagi SG untuk tebus kesilapan I pada Ciko.

Selepas beberapa hari Ciko mati I pergi Melaka untuk beli barang persiapan untuk raya. Kat Melaka jugak la I beli SG baru dan I letak nama dia ‘Kiko’. I beli dari breeder. Means breeder adalah orang yang membeli dan mementingkan kualiti dan kesihatan SG yang mereka bela then dapat baka yang baik baru mereka akan jual. Lain dengan SG yang kita beli di kedai2 or owner2 SG yang membela SG sekadar untuk menjual mereka tanpa fikir tentang baka, kualiti dan kesihatan SG. Secara logiknya pon, apabila kita ke kedai haiwan, banyak haiwan yang ada. Tak kan lah owner kedai tu nak mendalami satu persatu cara terbaik untuk menjaga kesemua haiwan yang ada di kedainya. Mestilah mereka akan mengambil tahu secara umum sahaja. Sebagai contoh apa makanan yang boleh dan tidak boleh haiwan tersebut makan. Cukup sekadar haiwan2 tersebut hidup dan boleh dijual. So, dari pengalaman I, I nasihatkan pada ualls elakkanlah diri dari beli SG di kedai2 haiwan. Belilah pada breeder or home breeder ye.. 

Hasil pembelian Kiko dari breeder banyak info yang telah dia kongsikan pada I antaranya nasihat dan teknik2 penjagaan SG dengan betul. I beli Kiko berserta dengan makanan yang dia suggestkan untuk dijadikan makanan asasi. Asasi means makanan utama@ harian SG yang tidak boleh ditinggalkan. Sejak dari tu I bela Kiko, I bagi makan tu je. Kalau ade buah apa2 dalam peti, I bagi la waktu siang, kalau xde I x bagi pon. Sebab Kiko kenyang je kalau xbagi pon, sebab dia makan produk yang breeder tu rekemen kan. So, until now I guna produk tu dan I percaya produk tu memang terbaik untuk my SG. I dah guna, I nampak kualiti produk tu walaupon harga dia murah dan  tak semahal produk makanan SG yang ada dipasaran. Harga pon dikawal oleh company, tidak dibenarkan menaikkan dan menurunkan harga sesuka hati. Now SG I dah ade 3 ekor xpernah ada masalah katarak ke, cirit birit ke, bulu gugur ke, najis busuk sgt ke. Semua tu xde pada SG I. SG I sihat dan subur ok ..hehe.. lepas bunting, bunting lagi. Haha

So korang2 yang nak tahu produk apa yang jadi amalan utk SG I kena tggu next story ok..nanti I akan ceritakan produk apakah itu.. hehe


Saturday 25 March 2017

Kesan pemberian NESTUM pada SG

Info dari Suggies101

Kesan akibat pemberian NESTUM akan menyebabakan KEROSAKAN BUAH PINGGANG SG kerana SG tak mampu menahan kandungan lemak dan gula yang tinggi dalam makanan tersebut..

Lihat gambar ini.. ia menunjukkan kesan nestum yang menyebabkan kematian pada suggie ini untuk jangka masa panjang.


SG telah diberikan NESTUM selama 4 tahun, sebagaimana yang kita tahu, sistem penghadaman SG bukanlah sebaik sistem penghadaman manusia. Ususnya yang sangat kecil hendak dibandingkan dengan usus manusia. Pengumpulan bahan asing didalam nestum telah menyebabkan beberapa sistem pencernaan SG mengalami masalah.

Seperti mana sebatang paip yang tersekat dengan pengumpulan bahan asing dan dan menyebabkan sistem laluan mengecil (tersumbat), lama kelamaan ianya menyebabkan karat dan akhirnya melumpuhkan sistem saliran. Begitu juga dengan sistem penghadaman SG yang kompleks. Jika dinilai dengan akal biasa, amat mustahil NESTUM itu membahayakan kerana sesetengah nestum diperbuat daripada oat. Namun NESTUM mengalami beberapa proses dan kita tidak tahu secara terperinci mengenai proses tersebut. Kerana pemakanan NESTUM yang begitu lama, usus SG ini tidak mampu bertahan dan menyebabkan kelenjar/usus membengkan dan akhirnya menyebabkan pendarahan.

Gambar dari kiri menunjukkan:
1) Berlaku pendarahan "cloacal" dan badan SG yang terlalu lemah.
2) Sebelum kematian, SG mempunyai masalah dengan sembelit dan kesakitan.
3) Usus yang terkandung pengumpulan bahan lembut bewarna kuning.
4) Permukaan pundi kencing / usus dan faraj berdarah. Ini simptom-simptom yang anda harus perhatikan pada SG anda jika anda memberinya makan nestum/cerelac...

Tanda2 SG anda mempunyai masalah:
1) Sembelit (Masa tengah buang air besar, dia buat bunyi berdesis/'hiss'
2) Pembesaran kelenjar paracloacal
3) Kesakitan dibahagian abdomen (Mungkin dia tak selesa dan moody kalau dipegang)
4) Pendarahan cloacal (Luka berdarah di bahagian lubang dubur/pembiakannya)

Friday 24 March 2017

MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERUBATI


Kebanyakkan pemilik menggunakan bubur bayi sebagai makanan utama untuk SG mereka dengan andaian mereka bubur bayi mengandung nutrisi dan vitamin untuk perkembangan SG. Bubur bayi memang boleh digunakan sebagai makanan untuk SG, tapi hanya sekadar memenuhi keperluan meningkatkan metabolisme untuk bertahan untuk hidup sahaja. Memang benar, SG dapat bertahan untuk hidup (survive) dengan hanya makan bubur bayi, tapi tidak keseluruhan nutrisi yang diperlukan SG dapat dipenuhi dari bubur bayi. SG memerlukan  nutrisi yang cukup dan seimbang untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.Yogurt dan keju boleh diberikan pada SG kita, namun sifatnya sebagai makanan ringan. Berikanlah dalam jumlah yang dikawal dan tidak berlebihan. Yogurt dan keju memang diperbuat daripada susu sapi, namun kandungan laktosa pada yogurt dan keju telah diuraikan oleh bakteri pada proses fermentasi. Oleh sebab itu yogurt dan keju selamat bagi SG tetapi tidak boleh diberikan secara berlebihan. Contoh yogurt sebagai makanan ringan khusus untuk haiwan adalah Yogurt drop.

Selain buah dan sayuran segar, berikanlah juga supplement makanan yang khusus difomulasikan untuk SG. Nutrisi diperlukan bagi setiap haiwan adalah berbeza-beza, terutamanya haiwan exotic seperti SG. Kenapa perlunya memberikan supplement untuk SG? Dunia realitinya tidak hanya SG, manusia dan haiwan lain pun memerlukan pengambilan nutrisi khas dan sesuai dengan keperluan sistem badan masing-masing dalam jumlah tertentu. Kepelbagaian buah-buahan dan sayur-sayuran yang kita berikan pada SG tidak 100% menjamin keperluan nutrisinya. Oleh kerana, buah-buahan dan sayur-sayuran sangat banyak khasiat dan nutrisinya dan setiap buah memiliki nilai kandungan khasiat dan nutrisi yang berbeza. Begitujuga dengan bubur bayi, difomulasikan untuk memenuhi keperluan nutrisi bayi manusia, bukan SG. Disebabkan itu diformulasikan pelbagai supplement khusus yang memang dibuat khas untuk SG dan mampu memenuhi keperluan nutrisi yang spesifik untuk mereka. Supplement membantu memastikan pertumbuhan dan perkembangan SG dengan baik dan sihat! Supplement utama yang sangat disarankan adalah produk CDF- instant golden powder, yang akan diulas pada entri akan datang. 

Bagaimana cara pemilik memilih supplement makanan yang TERBAIK dan TEPAT untuk SG? Pilihlah produk-produk dari https://www.instagram.com/fatz_sugarglider_msia/ atau https://www.facebook.com/fatihahbiz95/ . Kami menyediakan makanan-makanan yang telah teruji, terbukti dan diterima dengan baik di oleh penggunanya di Malaysia. Produk ini adalah produk keluaran Malaysia oleh orang tempatan sebagai makanan untuk SG. Apakah kepentingnya hal ini? Dengan memberikan makanan yang memang sudah terbukti manfaat dan kebaikkannya sebagai makanan asasi SG, Kita akan lebih tenang dan yakin dalam proses pembelaan haiwan ini. Ketahuilah bahwa makanan ini memilikilesan yang sangat positif dan nyata untuk SG kesayangan kita. Semakin meningkatnya populariti SG sebagai haiwan peliharaan di Malaysia, menyebabkan semakin banyak orang berlumba-lumba untuk menjual produk CDF ini. Berhati-hatilah dalam memilih produk-produk untuk SG kesayangan kita. Pastikan kita hanya membeli produk yang selamat dan sudah teruji keberkesanannya.



Thursday 23 March 2017

SUGAR GLIDER DAN CARA PEMAKANANNYA

Sugar Glider yang dipelihara oleh manusia memerlukan buah-buahan dan sayur-sayuran segar, begitu juga dengan sumber protein seperti telur, daging dan serangga. SG memerlukan kandungan protein dalam menu hariannya andata 25 - 30 %.

Buah dan sayuran segar adalah makanan wajib untuk seekor SG. Tidak hanya untuk memenuhi keperluan nutrisi. Buah dan sayur juga merupakan kegemaran mereka. Jika kita sering memberikan buah yang berbeza- beza sudah tentu akan membuat SG sgembira. SG, sesuai dengan namanya, lebih menyukai buah kerana rasanya manis. Setiap SG  memiliki selera yang berbeza-beza mengikut buah yang mereka gemari.

Dalam memilih buah dan sayur untuk diberikan kepada SG, kita haruslah mengetahui kandungan kalsium (Ca) dan fosfor (P) dalam buah atau sayur tersebut. Fosfor berfungsi untuk membantu penyerapan kalsium dalam tubuh SG. Pembahagian ratio untuk kalsium : fosfor (Ca:P) untuk SG adalah 2:1 dimana 2 adalah kandungan kalsium dan 1 adalah kandungan fosfor. Semakin tinggi kandungan kalsium dan semakin rendah kandungan fosfor adalah lebih baik buat SG. Betik adalah salah satu buah terbaik untuk diberikan kepada SG setiap hari karena kandungan kalsiumnya yang tinggi.

Dalam memberi buah untuk SG, pastikan kita menggunakan buah segar yang telah dicuci bersih untuk menghindari adanya sisa pestisida atau bahan kimia lain pada kulit buah tersebut. Jangan menggunakan buah segera karena memiliki risiko kandungan bahan pengawet kimia yang berbahaya untuk SG. Bahan kimia tersebut akan mengakibatkan masalah fatal! Ingat wahai pemilik-pemilik SG sekalian, tubuh mereka sangat kecil, oleh karena itu walaupon sedikit saja bahan kimia boleh membuatkan SG keracunan. Buang buah yang tidak dimakan setelah 8-12 jam, jangan biarkan SG kita makan buah atau makanan yang telah basi.

Kebiasaannya SG akan mengigit-gigit buah dan menghisap cairan buah tersebut, kemudian membuang ampasnya. Hal ini terjadi karena di alam mereka, SG terbiasa memakan cairan seperti nektar bunga, getah pohon yang manis (akasia, dll) dan juga cairan tubuh serangga. Jika kita tengok SG kesayangan kita melakukannya, ketahuilah bahwa ini adalah perkara normal.

SG sangat menyukai makanan manis, namun bukan bererti semua makanan manis baik bagi mereka. Jangan sesekali kita memberikan makanan manusia pada SG kesayangan. Terutama makanan seperti gula, coklat, susu sapi, nasi, bubur dan nestum! Gula mengandungi banyak karbohidrat tetapi sangat sedikit atau tidak mengandung nutrisi lain yang diperlukan oleh seekor SG (seperti kalsium, vitamin, protein). Sudah tentu  SG akan menyalami kekurangan nutrisi (protein, kalsium, vitamin) yang SG perlukan. Coklat dan susu sapi sebaiknya tidak diberikan pada SG. Coklat beracun bagi SG dan dapat menyebabkan kematian, manakala susu sapi mempunyai kandungan laktosa tinggi, yang dapat menganggu pencernaan SG. Bergantung juga pada SG, tidak semua SG terkesan dengan susu sapi yang boleh menyebabkan gangguan pencernaan seperti diare, tubuh SG akan membengkak, mengeras dan membawa kepada kematian! Selain daripada itu bawang adalah makanan beracun bagi Sugar Glider. Elakkan dari memberikan bawang, atau makanan lain yang mengandung unsur bawang pada Sugar Glider. Jika ingin memberikan susu untuk Sugar Glider, berikanlah produk susu yang memang difomulasikan khusus untuk haiwan ini.

CARA PENJAGAAN ASAS BAGI SUGAR GLIDER

Pouch beg

Secara umumnya, untuk memilihara haiwan seperti ini kita memerlukan sangkar yang selesa buat mereka. Selepas memastikan sangkar yang selesa buat mereka, kita perlu memastikan makanan yang diperlukan dan disukai buat sugar glider. Seterusnya memastikan segala keperluan lain diperlukan seperti pouch beg, tempat tdur mereka, permainan buat mereka. Untuk tempat tidur mereka kita boleh menggunakan kain yang lembut untuk membuatnya sendiri. Sugar glider suka pada tempat yang gelap.

Kegunaan pouch beg adalah untuk memudahkan pemilik bonding (menjinakkan) dengan sugar glider mereka. Mereka boleh membawa sugar glider ke mana sahaja mereka pergi. Cara pemilihan beg, carilah beg yang diperbuat daripada kain yang lembut di bahagian dalamnya.

Sugar glider sangat suka pada manisan tapi awas, jangan sesekali memberikan makanan manusia kepada sugar glider anda. Dalam jangka masa yang singkat kita tidak akan nampak kesannya tetapi ia akan dapat dilihat dalam jangka masa yang panjang. Ada sesetengah pemilik sugar glider memberikan nestum, gula2, nasi dan sebagainya. Perkara ini akan menyebabkan sugar glider menghadapi masalah penghadapan. Kita sebagai pemilik sukar untuk mengetahui sugar glider yang sakit kerana mereka tidak akan menunjukkan kepada kita yang mereka mempunyai masalah/kelemahan. Oleh kerena mereka beranggapan itu adalah satu ancaman baginya jika musuh tahu akan kelemahannya. Jadi, kita sebagai pemilik kepada sugar glider harus memastikan sugar glider dihidangkan dengan makanan yang khas buatnya dan dan disukainya.

Sugar glider boleh dihidangkan dengan makanan seperti buah- buahan yang berlainan khasiat buatnya. Pemilik haruslah tahu bagaimana cara untuk menyeimbangkan khasiat setiap makanan yang diberi. Bukan hanya memberi makanan yang hanya ada satu khasiat sahaja. Sugar glider adalah haiwan yang sangat aktif dan memiliki tingkat metabolisme yang tinggi. Keaktifan Sugar glider menyebabkan sugar glider sangat memerlukan protein dalam jumlah tinggi untuk memenuhi keperluan tenaga mereka. Selain protein, sugar Glider juga memerlukan kalsium yang cukup, tetapi tidak berlebihan. Protein dan kalsium sangat diperlukan untuk  meningkatkan metabolisme seekor Sugar glider. Kekurangan protein dapat menyebabkan pertumbuhan Sugar Glider terbantut dan kelihat kurus, sementara kekurangan kalsium dapat menyebabkan masalah yang lebih serius seperti Hind Leg Paralysis (HLP).

Sugar glider merupakan haiwan yang memilih mengenai makanan yang dia sukai. Kadang-kadang sugar glider pada satu hari akan memakan buah / makanan tertentu, tetapi pada hari keesokkannya harinya dia tidak mahu memakan buah / makanan itu lagi. Memang begitulah sifat sugar glider. Tetapi pemilik tidak perlu bimbang jika suatu hari sugar glider kita tidak mahu memakan makanan yang biasa mereka makan. Oleh kerana perkara ini boleh diatasi, cukup sekadar kita menggantikan menu makanannya untuk beberapa hari, dan setelah beberapa hari kita tawarkan kembali makanan yang sama kepadanya.







Sunday 19 March 2017

SUGAR GLIDER? BINATANG APA TU??

Sugar glider haiwan yang sangat lembut, pengemas, lucu dan pintar, tak hairan sekarang banyak orang suka memelihara haiwan comel ini. Jangan silap sugar glider bukan haiwan yang garang, mereka adalah marsupial dari keluarga mamalia seperti kangroo, dan koala. Haiwan ini sesuai untuk semua usia untuk dijadikan haiwan peliharaan, bermula dari umrur 6 tahun dan keatas, akan tetapi untuk kanak - kanak harus ada pengawasan orang dewasa.

Sugar glider mempunyai peluang yang lebih besar untuk bonding ( manja ) dengan pemilik dari pada arnab atau hamster, Pertimbangkanlah usia sugar glider untuk mulai dipelihara. Habitat asli mereka di australia dan papua, mereka adalah haiwan sosial, hidup berkelompok 10 hingga 15 ekor, membuat proses jalinan dengan manusia dalam proses peliharaan. Sugar glider mampu hidup 12 - 15 tahun. Perkara yang paling disukai oleh menggemar sugar glider adalah kita boleh membawa mereka kemana - mana sahaja dengan bonding pouch untuk berhibur. Sugar glider mempunyai sifat kesetiaan yang tinggi, sehingga apabila dia diberikan kepada orang lain, kadang kala dia akan menggigit, saiznya yang kecil tetapi sangat pandai mengenali tuannya, dia boleh datang kepada kita apabila kita memanggil dengan suatu trik.

Jangan bimbang tentang pemelihara sugar glider, mereka bebas penyakit, kita tidak perlu memandi dan membersihkannya sekerap kucing dan anjing, dan kita juga tidak perlu bimbang tentang anggaran perbelanjaan kita untuk memelihara sugar glider, cukup sekadar mengeluarkan RM30 seekor sebulan untuk membeli makanan rutinnya dan buah atau serangga. Sugar glider adalah haiwan yang bersih anda tidak perlu dimandikan setiap hari atau setiap minggu, mandikan apabila perlu sahaja seperti badannya kotor terkena najis dan sebagainya. Terdapat sugar glider yang sensitif dengan alkohol, jadi  kita seharusnya meneliti sabun mandian mereka sebelum dipakaikan kepada mereka.

Tambahan lagi, sugar glider tidak boleh dilatih "Toilet Training" , tapi anda jangan bimbang kerana mereka tidak akan membuang air kecil / besar di tempat tidur mereka, kecuali kita memasukkan mereka ke dalam bonding pouch yang tertutup erat. Kebiasaannya mereka buang air sekitar 4 - 5 jam setelah bangan dari tidur yang panjang, untuk menghindari "kecelakaan" . Setelah anda ambil sugar glider letak dahulu di tempat yang selamat, biarakan dia "merehatkan diri" dan setelah itu baru kita  ambil untuk diajak bermain.

Sugar glider haiwan marsupial mereka tidak mempunyai keinginan untuk mengasah gigi, seperti yang dilakukan kelinci, tikus dan hamster, karena hamster mempunyai siklus tumbuh gigi berkelanjutan menyebabkan keinginan untuk mengasah / menggigit sesuatu, sugar glider tidak menjadi masalah untuk dipelihara dirumah kita kerana mereka tidak ada naluri untuk mengasah giginya dengan cara menggigit sesuatu seperti hamster menyebabkan perabot dirumah kita berlubang di gigit mereka. Sugar glider haiwan yang comel ketika kita melepaskan mereka di ruang yang besar, mereka akan lompat dari 1 tempat ke tempat lain.

TIPS DAN TEKNIK2 MENJINAKKAN SUGAR GLIDER ANDA

ANTARA TIPS YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM MEMBANTU MENJINAKKAN SUGAR GLIDER AGAR MENJADI JINAK ADALAH SEPERTI BERIKUT: 1- letakkan cage su...