Thursday 23 March 2017

CARA PENJAGAAN ASAS BAGI SUGAR GLIDER

Pouch beg

Secara umumnya, untuk memilihara haiwan seperti ini kita memerlukan sangkar yang selesa buat mereka. Selepas memastikan sangkar yang selesa buat mereka, kita perlu memastikan makanan yang diperlukan dan disukai buat sugar glider. Seterusnya memastikan segala keperluan lain diperlukan seperti pouch beg, tempat tdur mereka, permainan buat mereka. Untuk tempat tidur mereka kita boleh menggunakan kain yang lembut untuk membuatnya sendiri. Sugar glider suka pada tempat yang gelap.

Kegunaan pouch beg adalah untuk memudahkan pemilik bonding (menjinakkan) dengan sugar glider mereka. Mereka boleh membawa sugar glider ke mana sahaja mereka pergi. Cara pemilihan beg, carilah beg yang diperbuat daripada kain yang lembut di bahagian dalamnya.

Sugar glider sangat suka pada manisan tapi awas, jangan sesekali memberikan makanan manusia kepada sugar glider anda. Dalam jangka masa yang singkat kita tidak akan nampak kesannya tetapi ia akan dapat dilihat dalam jangka masa yang panjang. Ada sesetengah pemilik sugar glider memberikan nestum, gula2, nasi dan sebagainya. Perkara ini akan menyebabkan sugar glider menghadapi masalah penghadapan. Kita sebagai pemilik sukar untuk mengetahui sugar glider yang sakit kerana mereka tidak akan menunjukkan kepada kita yang mereka mempunyai masalah/kelemahan. Oleh kerena mereka beranggapan itu adalah satu ancaman baginya jika musuh tahu akan kelemahannya. Jadi, kita sebagai pemilik kepada sugar glider harus memastikan sugar glider dihidangkan dengan makanan yang khas buatnya dan dan disukainya.

Sugar glider boleh dihidangkan dengan makanan seperti buah- buahan yang berlainan khasiat buatnya. Pemilik haruslah tahu bagaimana cara untuk menyeimbangkan khasiat setiap makanan yang diberi. Bukan hanya memberi makanan yang hanya ada satu khasiat sahaja. Sugar glider adalah haiwan yang sangat aktif dan memiliki tingkat metabolisme yang tinggi. Keaktifan Sugar glider menyebabkan sugar glider sangat memerlukan protein dalam jumlah tinggi untuk memenuhi keperluan tenaga mereka. Selain protein, sugar Glider juga memerlukan kalsium yang cukup, tetapi tidak berlebihan. Protein dan kalsium sangat diperlukan untuk  meningkatkan metabolisme seekor Sugar glider. Kekurangan protein dapat menyebabkan pertumbuhan Sugar Glider terbantut dan kelihat kurus, sementara kekurangan kalsium dapat menyebabkan masalah yang lebih serius seperti Hind Leg Paralysis (HLP).

Sugar glider merupakan haiwan yang memilih mengenai makanan yang dia sukai. Kadang-kadang sugar glider pada satu hari akan memakan buah / makanan tertentu, tetapi pada hari keesokkannya harinya dia tidak mahu memakan buah / makanan itu lagi. Memang begitulah sifat sugar glider. Tetapi pemilik tidak perlu bimbang jika suatu hari sugar glider kita tidak mahu memakan makanan yang biasa mereka makan. Oleh kerana perkara ini boleh diatasi, cukup sekadar kita menggantikan menu makanannya untuk beberapa hari, dan setelah beberapa hari kita tawarkan kembali makanan yang sama kepadanya.







No comments:

Post a Comment

TIPS DAN TEKNIK2 MENJINAKKAN SUGAR GLIDER ANDA

ANTARA TIPS YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM MEMBANTU MENJINAKKAN SUGAR GLIDER AGAR MENJADI JINAK ADALAH SEPERTI BERIKUT: 1- letakkan cage su...