Sunday 26 March 2017

OH MY SUGGIES

Bismillahirahmanirrahim.. 

Hari ni I nak cerita pasal my SG. I beli dia bulan puasa tahun lepas tarikh xigt tp tahun 2016, first time bela SG. Minat nak bela SG ni sebenarnya dar sekolah menengah lagi. Time tu I pergi rombongan big family kat Langkawi, singgah la kilang gamat. Pergi Langkawi xsah la kan kalau xsinggah tempat2 gitu. So, dekat kilang gamat tu lah first time I tengok SG. Owner kilang tu bela, jinak je SG tu duduk atas bahu tuan dia. Xde pon nak merayau or melompat2 kat orang lain. First time tgk, I dah rse teruja sangat. Mesti binatang ni unik kan. Tp time tu baru umur 15 tahun, memang x lah kan parent nak bagi bela. Diri sendiri pon xterurus, nak uruskan binatang pulak.

Pastu time masuk degree tiba2 keinginan nak bela SG makin membuak-buak plak. Kebetulan malam time bulan puasa tu I pergi expo kat Dataran Shah Bandar kat KT, boleh pulak terjumpa orang jual haiwan. So, I dengan kawan decide utk tengok haiwan2 yang ade dalam kedai tu. Masa nak kuar dari kedai tu nak pergi kedai lain ade orang offer I ‘nak pegang tak’. I tengok binatang tu, ‘eh, ni la binatang yang aku cari selama ni’. Terus nak pegang, jinak pulak tu. Jatuh cinta terus dengan SG tu. Malam tu jugak I beli dia ualls..haha..bawak balik asrama naik moto, haha. Nasib baiklah tak hujan kalau tak habis SG I kuyup.

Masa otw balik tu I beli la buah apple dengan pear, sebab penjual SG tu cakap SG suka makan apple dan pear dan elok untuk kesihatan dia. I letak nama dia ‘CIKO’. Tak tukar buah lain pon selama beberapa hari tu, dah penjual tu cakap ok je kalau bagi makan apple dengan pear kan. Ciko makan dua buah tu jela. hihi.. Kebetulan ujung minggu tu cuti mid sem, I pon bawak Ciko balik kampong. Masa sampai kampong I terus bagi buah lain pada Ciko. I bagi dia tomato dengan betik sebab dalam peti ada buah tu kan.hehe

First day I kat rumah I main jelah dengan Ciko. Dia elok je, tetiba tengahari tu I bawak Ciko main dalam bilik my mom. Bilik tu sejuk sikit la sebab ada aircond kan, pastu tetiba Ciko kejang. I panic la, terus bawak dia keluar dari bilik sebab ingatkan kejang sebab sejuk. Bawak keluar pon still dia kejang. I bawak pergi dapur masukkan air dalam mulut dia. Nampak ok sikit, pastu I bawak ke ruang tamu dia kejang semula. Time tu Allah je tahu perasan takut, sedih, gementar semua ada. Dah la kat rumah xde sape2 nak mintak tolong. X sampai beberapa minit I bawak ke ruang tamu, dia terus terkeras. My Ciko mati …………..

Lepas I tengok Ciko keras x gerak2, I goncang2 badan Ciko suruh bangun. Tapi apa kan daya Ciko dah mati, memang xbangun la walaupon I baling kuat mana sekali pon. Time tu macam xboleh nak terima kenyataan rasa. Mana tak nya beli Ciko RM150. Tak sampai seminggu I bela Ciko dah mati. Sedih sangat2. Air mata xpayah cakap la, berjurai-jurai seharian tu. Dua tiga hari la jugak nak terima hakikat sebenar Ciko dah mati.

My mom cakap I tak serasi bela binatang tu. Tapi I xpuas hati sebab I gagal jadi tuan yang baik buat my SG. I pon buat la research camne Ciko boleh mati. Rupa-rupanya kalau kita nak bela haiwan exotic macam ni kena banyak membaca sebab dia bukan macam kucing, ramai orang bela dan mudah untuk bela. Dari situ banyak info yang I dapat dan I tekad I nak bela lagi SG untuk tebus kesilapan I pada Ciko.

Selepas beberapa hari Ciko mati I pergi Melaka untuk beli barang persiapan untuk raya. Kat Melaka jugak la I beli SG baru dan I letak nama dia ‘Kiko’. I beli dari breeder. Means breeder adalah orang yang membeli dan mementingkan kualiti dan kesihatan SG yang mereka bela then dapat baka yang baik baru mereka akan jual. Lain dengan SG yang kita beli di kedai2 or owner2 SG yang membela SG sekadar untuk menjual mereka tanpa fikir tentang baka, kualiti dan kesihatan SG. Secara logiknya pon, apabila kita ke kedai haiwan, banyak haiwan yang ada. Tak kan lah owner kedai tu nak mendalami satu persatu cara terbaik untuk menjaga kesemua haiwan yang ada di kedainya. Mestilah mereka akan mengambil tahu secara umum sahaja. Sebagai contoh apa makanan yang boleh dan tidak boleh haiwan tersebut makan. Cukup sekadar haiwan2 tersebut hidup dan boleh dijual. So, dari pengalaman I, I nasihatkan pada ualls elakkanlah diri dari beli SG di kedai2 haiwan. Belilah pada breeder or home breeder ye.. 

Hasil pembelian Kiko dari breeder banyak info yang telah dia kongsikan pada I antaranya nasihat dan teknik2 penjagaan SG dengan betul. I beli Kiko berserta dengan makanan yang dia suggestkan untuk dijadikan makanan asasi. Asasi means makanan utama@ harian SG yang tidak boleh ditinggalkan. Sejak dari tu I bela Kiko, I bagi makan tu je. Kalau ade buah apa2 dalam peti, I bagi la waktu siang, kalau xde I x bagi pon. Sebab Kiko kenyang je kalau xbagi pon, sebab dia makan produk yang breeder tu rekemen kan. So, until now I guna produk tu dan I percaya produk tu memang terbaik untuk my SG. I dah guna, I nampak kualiti produk tu walaupon harga dia murah dan  tak semahal produk makanan SG yang ada dipasaran. Harga pon dikawal oleh company, tidak dibenarkan menaikkan dan menurunkan harga sesuka hati. Now SG I dah ade 3 ekor xpernah ada masalah katarak ke, cirit birit ke, bulu gugur ke, najis busuk sgt ke. Semua tu xde pada SG I. SG I sihat dan subur ok ..hehe.. lepas bunting, bunting lagi. Haha

So korang2 yang nak tahu produk apa yang jadi amalan utk SG I kena tggu next story ok..nanti I akan ceritakan produk apakah itu.. hehe


No comments:

Post a Comment

TIPS DAN TEKNIK2 MENJINAKKAN SUGAR GLIDER ANDA

ANTARA TIPS YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM MEMBANTU MENJINAKKAN SUGAR GLIDER AGAR MENJADI JINAK ADALAH SEPERTI BERIKUT: 1- letakkan cage su...