Sunday 19 March 2017

SUGAR GLIDER? BINATANG APA TU??

Sugar glider haiwan yang sangat lembut, pengemas, lucu dan pintar, tak hairan sekarang banyak orang suka memelihara haiwan comel ini. Jangan silap sugar glider bukan haiwan yang garang, mereka adalah marsupial dari keluarga mamalia seperti kangroo, dan koala. Haiwan ini sesuai untuk semua usia untuk dijadikan haiwan peliharaan, bermula dari umrur 6 tahun dan keatas, akan tetapi untuk kanak - kanak harus ada pengawasan orang dewasa.

Sugar glider mempunyai peluang yang lebih besar untuk bonding ( manja ) dengan pemilik dari pada arnab atau hamster, Pertimbangkanlah usia sugar glider untuk mulai dipelihara. Habitat asli mereka di australia dan papua, mereka adalah haiwan sosial, hidup berkelompok 10 hingga 15 ekor, membuat proses jalinan dengan manusia dalam proses peliharaan. Sugar glider mampu hidup 12 - 15 tahun. Perkara yang paling disukai oleh menggemar sugar glider adalah kita boleh membawa mereka kemana - mana sahaja dengan bonding pouch untuk berhibur. Sugar glider mempunyai sifat kesetiaan yang tinggi, sehingga apabila dia diberikan kepada orang lain, kadang kala dia akan menggigit, saiznya yang kecil tetapi sangat pandai mengenali tuannya, dia boleh datang kepada kita apabila kita memanggil dengan suatu trik.

Jangan bimbang tentang pemelihara sugar glider, mereka bebas penyakit, kita tidak perlu memandi dan membersihkannya sekerap kucing dan anjing, dan kita juga tidak perlu bimbang tentang anggaran perbelanjaan kita untuk memelihara sugar glider, cukup sekadar mengeluarkan RM30 seekor sebulan untuk membeli makanan rutinnya dan buah atau serangga. Sugar glider adalah haiwan yang bersih anda tidak perlu dimandikan setiap hari atau setiap minggu, mandikan apabila perlu sahaja seperti badannya kotor terkena najis dan sebagainya. Terdapat sugar glider yang sensitif dengan alkohol, jadi  kita seharusnya meneliti sabun mandian mereka sebelum dipakaikan kepada mereka.

Tambahan lagi, sugar glider tidak boleh dilatih "Toilet Training" , tapi anda jangan bimbang kerana mereka tidak akan membuang air kecil / besar di tempat tidur mereka, kecuali kita memasukkan mereka ke dalam bonding pouch yang tertutup erat. Kebiasaannya mereka buang air sekitar 4 - 5 jam setelah bangan dari tidur yang panjang, untuk menghindari "kecelakaan" . Setelah anda ambil sugar glider letak dahulu di tempat yang selamat, biarakan dia "merehatkan diri" dan setelah itu baru kita  ambil untuk diajak bermain.

Sugar glider haiwan marsupial mereka tidak mempunyai keinginan untuk mengasah gigi, seperti yang dilakukan kelinci, tikus dan hamster, karena hamster mempunyai siklus tumbuh gigi berkelanjutan menyebabkan keinginan untuk mengasah / menggigit sesuatu, sugar glider tidak menjadi masalah untuk dipelihara dirumah kita kerana mereka tidak ada naluri untuk mengasah giginya dengan cara menggigit sesuatu seperti hamster menyebabkan perabot dirumah kita berlubang di gigit mereka. Sugar glider haiwan yang comel ketika kita melepaskan mereka di ruang yang besar, mereka akan lompat dari 1 tempat ke tempat lain.

No comments:

Post a Comment

TIPS DAN TEKNIK2 MENJINAKKAN SUGAR GLIDER ANDA

ANTARA TIPS YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM MEMBANTU MENJINAKKAN SUGAR GLIDER AGAR MENJADI JINAK ADALAH SEPERTI BERIKUT: 1- letakkan cage su...