Saturday 25 March 2017

Kesan pemberian NESTUM pada SG

Info dari Suggies101

Kesan akibat pemberian NESTUM akan menyebabakan KEROSAKAN BUAH PINGGANG SG kerana SG tak mampu menahan kandungan lemak dan gula yang tinggi dalam makanan tersebut..

Lihat gambar ini.. ia menunjukkan kesan nestum yang menyebabkan kematian pada suggie ini untuk jangka masa panjang.


SG telah diberikan NESTUM selama 4 tahun, sebagaimana yang kita tahu, sistem penghadaman SG bukanlah sebaik sistem penghadaman manusia. Ususnya yang sangat kecil hendak dibandingkan dengan usus manusia. Pengumpulan bahan asing didalam nestum telah menyebabkan beberapa sistem pencernaan SG mengalami masalah.

Seperti mana sebatang paip yang tersekat dengan pengumpulan bahan asing dan dan menyebabkan sistem laluan mengecil (tersumbat), lama kelamaan ianya menyebabkan karat dan akhirnya melumpuhkan sistem saliran. Begitu juga dengan sistem penghadaman SG yang kompleks. Jika dinilai dengan akal biasa, amat mustahil NESTUM itu membahayakan kerana sesetengah nestum diperbuat daripada oat. Namun NESTUM mengalami beberapa proses dan kita tidak tahu secara terperinci mengenai proses tersebut. Kerana pemakanan NESTUM yang begitu lama, usus SG ini tidak mampu bertahan dan menyebabkan kelenjar/usus membengkan dan akhirnya menyebabkan pendarahan.

Gambar dari kiri menunjukkan:
1) Berlaku pendarahan "cloacal" dan badan SG yang terlalu lemah.
2) Sebelum kematian, SG mempunyai masalah dengan sembelit dan kesakitan.
3) Usus yang terkandung pengumpulan bahan lembut bewarna kuning.
4) Permukaan pundi kencing / usus dan faraj berdarah. Ini simptom-simptom yang anda harus perhatikan pada SG anda jika anda memberinya makan nestum/cerelac...

Tanda2 SG anda mempunyai masalah:
1) Sembelit (Masa tengah buang air besar, dia buat bunyi berdesis/'hiss'
2) Pembesaran kelenjar paracloacal
3) Kesakitan dibahagian abdomen (Mungkin dia tak selesa dan moody kalau dipegang)
4) Pendarahan cloacal (Luka berdarah di bahagian lubang dubur/pembiakannya)

No comments:

Post a Comment

TIPS DAN TEKNIK2 MENJINAKKAN SUGAR GLIDER ANDA

ANTARA TIPS YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM MEMBANTU MENJINAKKAN SUGAR GLIDER AGAR MENJADI JINAK ADALAH SEPERTI BERIKUT: 1- letakkan cage su...