Friday 24 March 2017

MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERUBATI


Kebanyakkan pemilik menggunakan bubur bayi sebagai makanan utama untuk SG mereka dengan andaian mereka bubur bayi mengandung nutrisi dan vitamin untuk perkembangan SG. Bubur bayi memang boleh digunakan sebagai makanan untuk SG, tapi hanya sekadar memenuhi keperluan meningkatkan metabolisme untuk bertahan untuk hidup sahaja. Memang benar, SG dapat bertahan untuk hidup (survive) dengan hanya makan bubur bayi, tapi tidak keseluruhan nutrisi yang diperlukan SG dapat dipenuhi dari bubur bayi. SG memerlukan  nutrisi yang cukup dan seimbang untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.Yogurt dan keju boleh diberikan pada SG kita, namun sifatnya sebagai makanan ringan. Berikanlah dalam jumlah yang dikawal dan tidak berlebihan. Yogurt dan keju memang diperbuat daripada susu sapi, namun kandungan laktosa pada yogurt dan keju telah diuraikan oleh bakteri pada proses fermentasi. Oleh sebab itu yogurt dan keju selamat bagi SG tetapi tidak boleh diberikan secara berlebihan. Contoh yogurt sebagai makanan ringan khusus untuk haiwan adalah Yogurt drop.

Selain buah dan sayuran segar, berikanlah juga supplement makanan yang khusus difomulasikan untuk SG. Nutrisi diperlukan bagi setiap haiwan adalah berbeza-beza, terutamanya haiwan exotic seperti SG. Kenapa perlunya memberikan supplement untuk SG? Dunia realitinya tidak hanya SG, manusia dan haiwan lain pun memerlukan pengambilan nutrisi khas dan sesuai dengan keperluan sistem badan masing-masing dalam jumlah tertentu. Kepelbagaian buah-buahan dan sayur-sayuran yang kita berikan pada SG tidak 100% menjamin keperluan nutrisinya. Oleh kerana, buah-buahan dan sayur-sayuran sangat banyak khasiat dan nutrisinya dan setiap buah memiliki nilai kandungan khasiat dan nutrisi yang berbeza. Begitujuga dengan bubur bayi, difomulasikan untuk memenuhi keperluan nutrisi bayi manusia, bukan SG. Disebabkan itu diformulasikan pelbagai supplement khusus yang memang dibuat khas untuk SG dan mampu memenuhi keperluan nutrisi yang spesifik untuk mereka. Supplement membantu memastikan pertumbuhan dan perkembangan SG dengan baik dan sihat! Supplement utama yang sangat disarankan adalah produk CDF- instant golden powder, yang akan diulas pada entri akan datang. 

Bagaimana cara pemilik memilih supplement makanan yang TERBAIK dan TEPAT untuk SG? Pilihlah produk-produk dari https://www.instagram.com/fatz_sugarglider_msia/ atau https://www.facebook.com/fatihahbiz95/ . Kami menyediakan makanan-makanan yang telah teruji, terbukti dan diterima dengan baik di oleh penggunanya di Malaysia. Produk ini adalah produk keluaran Malaysia oleh orang tempatan sebagai makanan untuk SG. Apakah kepentingnya hal ini? Dengan memberikan makanan yang memang sudah terbukti manfaat dan kebaikkannya sebagai makanan asasi SG, Kita akan lebih tenang dan yakin dalam proses pembelaan haiwan ini. Ketahuilah bahwa makanan ini memilikilesan yang sangat positif dan nyata untuk SG kesayangan kita. Semakin meningkatnya populariti SG sebagai haiwan peliharaan di Malaysia, menyebabkan semakin banyak orang berlumba-lumba untuk menjual produk CDF ini. Berhati-hatilah dalam memilih produk-produk untuk SG kesayangan kita. Pastikan kita hanya membeli produk yang selamat dan sudah teruji keberkesanannya.



No comments:

Post a Comment

TIPS DAN TEKNIK2 MENJINAKKAN SUGAR GLIDER ANDA

ANTARA TIPS YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM MEMBANTU MENJINAKKAN SUGAR GLIDER AGAR MENJADI JINAK ADALAH SEPERTI BERIKUT: 1- letakkan cage su...